Friday 9 October 2015

Filled Under:

GEMPAR : 2 MURID ORANG ASLI SEKOLAH KEBANGSAAN TOHAI YANG DILAPORKAN HILANG SEJAK 47 HARI LALU TELAH DITEMUI DALAM KEADAAN SELAMAT



GEMPAR : 2 MURID ORANG ASLI SEKOLAH KEBANGSAAN TOHAI YANG DILAPORKAN HILANG SEJAK 47 HARI  LALU TELAH DITEMUI DALAM KEADAAN SELAMAT


GEMPAR.. dua murid Orang Asli Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi, Gua Musang yang dilaporkan hilang sejak 47 hari lalu telah ditemui dalam keadaan selamat di Sungai Perias.

Kedua-dua mangsa yang selamat itu dikenali sebagaiNorieen Yaakob, 10, dan Mirsudiar Aluj, 11.

Pasukan penyelamat juga turut menemui seorang lagi rakan mereka namun telah meninggal dunia. Identiti kanak-kanak itu juga belum dapat dikenal pasti.



Ketiga-tiga kanak-kanak Orang Asli ini ditemui tidak jauh dari lokasi penemuantengkorak, petang semalam.

Menurut Berita Harian, dua kanak-kanak yang selamat ini ditemui dalam keadaan badan kurus kering dan sudah tidak mampu berjalan kerana terlalu letih.

Mereka dikatakan hidup dengan bergantung kepada air sungai dan tumbuhan hutan.

Pada 23 Ogos lalu, seramai tujuh murid Orang Asli termasuk enam perempuan dan seorang lelaki dari SK Tohoi di sini dilaporkan hilang dari asrama sekolah mereka di Pos Tohoi, Gua Musang.

Tujuh mangsa yang hilang ini dikenali pasti sebagai ialah Mirsudiar Aluj, 11; Norieen, 10; Ika Ayel, 9; Sasa Sobrie, 8; Haikal Yaacob, 8; Linda Rosli, 8; dan Juvina Daud, 7




0 comments:

Post a Comment