Tuesday 6 October 2015

Filled Under:
,

INILAH 5 ARTIS LELAKI YANG HOT BERBADAN SADO



INILAH 5 ARTIS LELAKI YANG HOT BERBADAN SADO




Bagai sudah menjadi trend kebanyakan kaum adam zaman kini untuk memiliki bentuk badan yang sasa dan berotot atau digelar sado.

Berbadan sado bukan sahaja menjadi idaman hampir setiap lelaki malah ianya secara tidak langsung akan mendorong seseorang itu untuk tampil yakin bergaya.

Maka tidak hairanlah kenapa sudah semakin ramai artis lelaki Malaysia kini juga berlumba-lumba untuk memiliki badan yang sasa agar nampak macho dan bergaya di dalam televisyen.

Berikut Murai senaraikan 5 artis lelaki berbadan sado yang sedang meningkat naik dalam industri hiburan tempatan:

Fattah Amin

Di awal kemunculan pelakon Fattah Amin sebagai bintang Hero Remaja ini tidak begitu menyerlah berbanding rakannya yang lain. Namun semakin lama kelamaan kehadirannya sudah mula disedari apabila dia kini gigih membina otot untuk kelihatan sado. Perbezaan bentuk badannya boleh dilihat ketika kemunculannya di dalam drama bersiri Suami Aku Playboy dengan drama siri terkini Plan Cinta Tak Jadi. Keputusannya untuk membina badan nampaknya menjadi dan popularitinya semakin meningkat.

Zul ariffin

Zul Ariffin bukanlah baru dalam industri namun sebelum namanya melonjak naik seperi kini dia sebenarnya berusaha keras untuk menapak dalam kerjaya lakonannya. Bagaimana pun selepas dia membina badan dan menjadi lelaki yang punya badan berotot dan sado tawaran lakonan nampaknya semakin berpihak kepadanya. Malah popularitinya juga meningkat iaitu paling ketara selepas dia membintangi drama bersiri Rindu Awak 00%. Ramai gadis sudah mula mengilai Zul yang punya pakej wajah kacak dan badan berotot yang mengiurkan.

Shaheizy sam

Shaheizy Sam mengambil keputusan untuk membina badannya supaya kelihatan berotot dan sado baru-baru ini sahaja iaitu khas untuk penampilan filem terbaru Polis Evo. Percubaaanya pertama kali memiliki badan sado itu nampaknya tidak sia-sia kerana dia bukan kelihatan segak, malah mengangkatkanya sebagai hero yang diyakini dalam filem tersebut.

Shahrul Ridzwan

Pelakon yang popular dengan drama bersiri Hati Perempuan ini nampaknya bukan sahaja memiliki badan yang berotot dan sado malah ketinggian dan wajah kacak yang dimilikinya membuatkan dia kini banyak menghiasi drama-drama di televisyen sebagai hero serta pelakon utama.

Syukri Yahya

Pelakon yang wajahnya mirip pelakon Filipina iaitu Jericho Rosales ini semakin lama semakin meningkat naik. Meskipun punya ketinggian yang kurang daripada lelaki biasa namun memiliki badan sado telah secara tidak langsung melayakkannya untuk menjadi hero dalam siri-siri yang dibintanginya.




0 comments:

Post a Comment