Saturday 10 October 2015

Filled Under:
, , ,

MELETOP !!! PELAKON MIA AHMAD YANG GHAIRAH MASA JADI PRAMUGARI AIRASIA KINI TERSEBAR ( 5 GAMBAR )



MELETOP !!! PELAKON MIA AHMAD YANG GHAIRAH MASA JADI PRAMUGARI AIRASIA KINI TERSEBAR ( 5 GAMBAR )


12 Fakta Menarik Tentang Mia Ahmad Yang Mungkin Peminat Tidak Tahu | Peminat drama bersiri Hati Perempuan pasti kenal watak Yuhanis. Tapi artikel ni bukan nak kongsi tentang watak tersebut sebaliknya nak kongsi kisah menarik tentang pelakon itu sendiri iaitu MIA AHMAD.


Nama sebenar Mia Ahmad ialah Samiha Ahmad Baderi. Dilahirkan pada 22 Februari 1988. Merupakan anak yang keempat dari lima beradik.

1) Mia Ahmad atau nama sebenarnya Samiha Ahmad Baderi adalah seorang yang sangat fobia dengan tempat tinggi dan juga permainan roller coaster. Untuk berdepan dengan fobianya itu, dia pernah cuba menaiki permainan itu di Sunway Lagoon. Namun dia mengakui akibat gayat, dia rasa seperti jantungnya hampir luruh.

2) Pelakon yang dilahirkan pada 22 Februari 1988 ini wajib membasuh muka, menggosok gigi dan membaca buku sebelum melelapkan mata setiap malam.

3) Ciri-ciri lelaki idaman pelakon kelahiran Taiping, Perak ini adalah seorang lelaki yang ‘islamik’. Kata Mia jika lelaki tersebut memiliki ciri tersebut pasti semuanya akan sempurna.

4) Lauk terakhir yang dimasak sendiri olehnya adalah ayam masak kicap.

5) Merupakan anak keempat dari lima beradik, Mia turut mengakui bahawa dia adalah seorang yang agak nakal ketika di zaman sekolah. Ketika cikgu sedang mengajar di depan, Mia dan rakannya akan berborak di belakang. Malah mereka akan menulis di buku sambil berborak untuk mengelak perbuatan nakal mereka itu dikesan cikgu.

6) Menjadikan pelakon Hollywood Jennifer Garner sebagai idolanya. Mia yang berusia 27 tahun mengidamkan untuk berlakon bersama Nicholas Saputra, seorang pelakon dari Indonesia.

7) Bila ditanya tentang benda yang paling berharga yang pernah dibelinya dengan duit hasil titik peluh sendiri, jawapan Mia adalah beg tangan jenama Chanel.

Hati Perempuan

8) Mia merupakan seorang bekas pramugari dengan syarikat penerbangan Air Asia X. Dia pernah bertugas selama tiga tahun sebelum membuat keputusan untuk berhenti setelah menerima tawaran berlakon.

9) Mia juga gemar menyanyi ketika masa lapang. Dia meminati penyanyi Benyonce, Mariah Carey dan Dato Siti Nurhaliza.

10) Makanan kegemaran Mia Ahmad adalah makanan laut, makanan cina dan makanan thai.

11) Kata Mia kali terakhir dia menonton teater, lapan tahun lepas. Ketika itu di Bangkok Thailand. Dia menonton teater bangsawan yang berkisarkkan sejarah negara Thailand.

12) Biarpun mengemari makanan laut, Mia mengakui tidak akan makan sotong kecuali sotong goreng tepung kerana beliau geli dengan kepala sotong.

Menarik kan fakta-fakta tentang pelakon yang bernama Mia Ahmad.








0 comments:

Post a Comment