Saturday, 10 October 2015

PENDEDAHAN Kenapa Jururawat Gemuk (Obes) Buat Ramai Terkejut




PENDEDAHAN Kenapa Jururawat Gemuk (Obes) Buat Ramai Terkejut


Perhatikan selepas beberapa tahun di alam pekerjaan baik male nurse (PJK) atau cik misi, akan berlaku perubahan fizikal yang mendadak. Hubungkait ini lebih menjadi apabila jururawat sudah berkahwin dan mempunyai anak. Relatifnya, skop kerja jururawat sangatlah mencabar. Masa graduate, semua comel-comel dan gagah jer!

Beberapa persoalan yang perlu dijawab, jururawat tak sibuk kah? Atau stress menyebabkan mereka makan banyak?



(Gambar hiasan) “Masa graduate, semua comel-comel dan gagah jer,” –

Sebenarnya kerja jururawat sangatlah berat melibatkan aktiviti fizikal terutama mereka yang bekerja di hospital kerajaan dengan kapasiti katil 500 katil dan ke atas. Angkat pt, lari sana, lari sini.

Sebagai contoh jururawat yang berkerja di Jabatan Kecemasan yang menerima 300 hingga 400 ratus pesakit sehari. Pergerakkan fizikal banyak dilakukan! Hampir setiap hari ada jer CPR. Aktiviti ini sangat aktif. Tapi kenapa ia tidak berfungsi seperti senaman harian? Kenapa kurang peluh dihasilkan? Perhatikan jika ada peluh didahi baru otak register!

Dalam satu kajian kegemukan dikalangan jururawat mendapati jururawat tidak register dalam otak yang dia melakukan aktiviti kerja harian sebagai senaman sebaliknya hanya rutin harian. Waktu makan dan minum sudah diset setiap shif yang dia bekerja. Sebab itu jika dilihat paten, jururawat sudah biasa makan dan minum pada waktu yang sama tidak kiralah dia shif pagi, petang atau malam.

Oleh yang demkian, rangsangan hormon dan metabolisma tidak berubah kerana kurangnya excitability otak dalam membantu jururawat yang berkerja. Begitu juga kita lihat dengan pakar bedah. Kenapa dia boleh berdiri 10 jam untuk pembedahan major ? Kenapa tak penat? Sebab semua telah diset di otak yang itu adalah rutin.

So, kajian juga menunjukkan kadar minima untuk mendapat benefit seperti senaman, pertamanya mesti register masa melakukan aktiviti sebagai senaman. Why? Kita lihat semasa kita hanya berjalan kaki sahaja pusing tasik jaya kita sudah keluar peluh jantan. Walhal kita jalan jer. Sebab apa? register, register, register yang kita nak senaman! Itupun dilakukan masa kita cuti.

Jangan set waktu makan sebab kadang-kadang makanan dan apa yang kita makan di awal pagi atau sebelum itu pun belum hadam sepenuhnya. Tetapi sudah diset dalam otak yang kita perlu makan termasuk tempat yang nak kita makan. Sebab itu perut suka nyanyi lagu keroncong walaupun belum tiba waktunnya. Biasalah yang senior selalu rehat dulu, follow by junior dan begitulah kitaran. 9 tahun di klinikal, inilah saya perhatikan.




0 comments:

Post a Comment