Thursday, 8 October 2015

Filled Under:

Sayu Pesanan Terakhir Adik Nur Dhia Sebelum Jatuh Tingkat 5 Kauters UNITEN



Sayu Pesanan Terakhir Adik Nur Dhia Sebelum Jatuh Tingkat 5 Kauters UNITEN


“Ibu, saya mahu tinggal di hotel.”
Demikian kata-kata terakhir seorang kanak-kanak perempuan, Nur Dhia Maisarah Mohd. Hafiz, 3, sebelum ditemukan maut selepas terjatuh dari tingkat lima kuarters kakitangan Universiti Tenaga Nasional (Uniten) Sungai Ramal dekat sini, petang semalam.

Menurut bapa saudara mangsa, Hasrul Nizam Ahmad, 39, Nur Dhia Maisarah dikatakan enggan mengikut ibunya, Suriati Ahmad, 31, untuk pergi mengambil adik bongsunya di rumah pengasuh yang terletak di Bangi.

Katanya, ibu mereka terpaksa meninggalkan Nur Dhia Maisarah bersama dua kakaknya di rumah jiran sementara menunggu bapa mereka, Mohd. Hafiz Abd. Rahman, 36, pulang ke rumah dari tempat kerja.

“Ketika jiran sedang memasak, dia tiba-tiba keluar dan terus menuju ke rumahnya tanpa disedari oleh sesiapa.

“Selepas masuk ke dalam rumah pintu rumahnya itu dikatakan terkunci. Nur Dhia Maisarah kemudian ingin keluar dari rumah tersebut dengan memanjat tingkat dapur. Perbuatan itu telah menyebabkan dia tergelincir dan jatuh sebelum ditemukan oleh jiran berhampiran,” katanya ketika ditemui di pekarangan Bilik Forensik Hospital Serdang hari ini.
Memetik laporan Utusan Malaysia hari ini, Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali yang mengesahkan kejadian itu berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung insiden tersebut pada pukul 6.52 petang.

Hasrul Nizam berkata, anak saudaranya itu merupakan seorang kanak-kanak yang manja dan lincah dan sering kali mengikuti ibunya untuk keluar ke mana-mana.
Ujarnya, namun semalam, dia enggan mengikut ibunya untuk pergi mengambil adik kerana ingin tinggal di rumah.

Beliau memberitahu, ibu bapa Nur Dhia Maisarah masing-masing yang merupakan kakitangan Uniten masih bersedih terhadap kejadian menimpa anak perempuan mereka, namun reda dan pasrah atas ketentuan Ilahi.
“Walaupun Nur Dhia Maisarah baru sahaja berusia tiga tahun, dia cepat menghafal doa-doa harian,” katanya.





0 comments:

Post a Comment